Memang sakit bila putus cinta. Jiwa lara, hati merana. Namun sampai bilakah anda harus berkeadaan begitu? Ayuh, mulakan semangat baru untuk tidak mengulangi sejarah silam. Anda berhak untuk hidup bahagia........
Alihkan PerhatianPerkara utama yang boleh anda lakukan ialah mengalihkan perhatian kepada perkara lain dan jangan mengingati kisah yang menyakitkan dan menyedihkan itu lagi. Mungkin anda boleh tumpukan sepenuh perhatian pada kerjaya, keluarga,rakan-rakan atau pun melakukan apa saja aktiviti yang boleh mengubati kesedihan anda itu.
Menangislah Sekiranya PerluAnda sedih,kecewa, terkilan atau mungkin marah. Lepaskan apa yang terbuku di hati. Ketepikan ego, menangislah semahunya.
Beri Sedikit WaktuBerikan sedikit masa untuk diri anda sendiri.....untuk ketenangan hati...
Luahkan Pada Orang Yang Anda PercayaiLuahkanlah pada orang yang anda percayai dan rapat dengan anda.Pastikan rakan anda juga adalah seorang pendengar setia dan mampu membantu anda dengan memberikan kata-kata semangat buat anda.